Sunday, May 19, 2019

Dinosaur




Hello guys!

This time i nak share sedikit about the biggest reptilia in world, Dinosaur. I would like to share about this because since i kecil lagi i memang suka tengok dinosaur. So, why not i share juga with you guys about a little sejarah of dinosaur.

Here we go!


Image result for dinosaur


Dinosaur

merupakan haiwan reptilia yang mendiami bumi hampir 230 juta tahun dahulu, iaitu pada zaman Mesozoik yang merupakan "Zaman Dinosaur". 

Perkataan "dinosaur" bermaksud "cicak yang dahsyat" dalam bahasa Greek dan pertama digunakan oleh Dr Richard Owen untuk menggelarkan haiwan-haiwan ini pada tahun 1842. Tak semua haiwan yang hidup pada zaman prasejarah itu dianggap sebagai dinosaur. 

Dinosaur juga terdapat dalam pelbagai jenis dan saiz. Saiznya berbeza daripada 30 meter panjang (100 kaki) dan 15 meter tinggi (50 kaki) sehingga saiz seekor ayam. Kehidupan dinosaur juga berbagai-bagai. Ada spesies yang hidup secara berkumpulan dan ada yang hidup bersendirian. Ada yang makan daging dan ada juga yang makan tumbuh-tumbuhan. 

Dinosaur mempunyai ciri-ciri pembiakan seperti burung, iaitu membuat sarang, bertelur serta menjaga anak. Telur dinosaur berkulit keras. Telur ini ditimbus di dalam sangkak yang dibuat daripada ranting-ranting kayu, tumbuhan kering ataupun daripada lumpur. Telurnya juga boleh ditimbus di dalam lekuk di atas tanah yang dilindungi dengan tumbuhan atau pasir. 


Pengelasan dinosaur

Image result for dinosaur gif 
Setiap jenis dinosaur dikenali sebagai spesies, dan beberapa spesies membentuk genus (genus atau genera merupakan kelompok dalam pengkelasan organisma hidup yang mempunyai lebih dari satu spesies yang serupa dari segi morfologi). 

Satu spesies berserta jurai lelurur dan keturunannya membentuk kumpulan yang dikenali sebagai clade.

 Diagram cladogram pula menggambarkan beberapa clade yang diketahui. Sebagai contoh, Tyrannosaurus rex termasuk dalam clades semakin besar dari Tyrannosaurus, tyrannosaurs, coelurosaurs, tetanurans, theropods, dan saurischians. 


Pembentukan Fosil
  • Kematian dinosaur
Sedimen terkumpul seperti pasir memberi tekanan pada tanah hingga menjadi keras dan lapisan berbatu. Apabila dinosaur mati,badannya mereput dan hanya meninggalkan tulang.
  • Ditimbus sedimen
Lapisan tanah beransur-ansur menutupi tulang dinosaur. Lapisan tanah ini melindunginya daripada pembangkai.
  • Pembentukan fosil
Selepas jangka masa panjang, tulang mula digantikan oleh mineral dan bertukar menjadi fosil keras. Jika sedimen di atas fosil semakin bertambah, fosil akan tertanam lebih dalam malah bentuknya juga menerima tekanan. Itulah sebabnya sesetengah fosil ditemui tidak sempurna.
  • Penemuan fosil
Pergerakan plat tektonik bumi menyebabkan fosil naik perlahan-lahan ke permukaan tanah. Apabila permukaan bumi mengalami hakisan, fosil akan terdedah. Fosil ini mudah rosak. Jadi ia mesti dijaga dengan teliti dan aktiviti ekskavasi (tidak wujud) mesti dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelak sebarang kerosakan.


https://www.youtube.com/watch?v=avICf8yiv9M link ini adalah salah satu penemuan fosil Dinosaur di China.




No comments:

Post a Comment

MONALISA

Hello guys! For this time, i would like to share about sedikit sejarah lukisan Monalisa. Memang tidak dinafikan gambar lukisannya merat...