I baru je baca satu buku seram,actually it's more like a comic dibawah terbitan Exact Publisher Sdn.Bhd bertajuk 'Hantu bercerita'.Ada juga beberapa fakta and information yang diselitkan ke dalam buku ini.So, i would like to share one of the fact yang i dah baca tentang 'Tempat-tempat Berhantu di England' secara ringkasnya.
Antaranya ialah:
1.Lillesden School for Girls
Sekolah swasta yang besar ini telah ditutup semasa tahun 1999. Sejak itu, ia menjadi tumpuan para pemburu hantu. Banyak kisah hantu yang tersebar mengenai sekolah ini sebelum ia ditutup. Antara kisah yang paling popular ialah roh pemuda akan muncul pada cermin semasa perayaan Halloween.
*(Halloween- tradisi perayaan malam 31 oktober di negara-negara barat, dilakukan dengan berpakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat dengan berkata "Trick or treat!". Ucapan "Trick or treat!" merupakan semacam "ugutan" yang membawa maksud "Beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau." Kanak-kanak zaman sekarang biasanya tidak lagi membuat kacau di rumah orang yang tidak memberi apa-apa. Sebahagian kanak-kanak masih membuat kacau di rumah orang yang dianggap kedekut dengan cara "menghiasi" pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di tingkap dengan sabun.
2.Eastmoor Rehabilitation School
Tempat ini merupakan pusat pemulihan untuk pelajar bermasalah atau pelajar yang bersifat ganas. Semenjak sekolah ini dibina sehingga ia ditutup, banyak kisah hantu telah tersebar.
Kolam renang merupakan tempat yang paling seram kerana dipercayai seekor raksasa akan muncul secara tiba-tiba dari permukaan air.
3.Cane Hill Asylum
Hospital ini telah dibuka lebih daripada 100 tahun dan bilangan pesakitnya mencecah ribuan orang. Kebanyakan pesakit yang tenat akan meninggal dunia di hospital. Tidak lama kemudian, hospital itu menjadi sebuah kawasan terbiar. Namun, hospital itu telah terbakar pada tahun 2010 dan ramai saksi mendakwa bahawa ada hantu yang muncul di dinding yang hangus.
4.Ancient Ram Inn
Rumah penginapan ini terkenal dengan hantu. Dahulu, tempat ini merupakan bekas tapak perkuburan. Selain itu, tempat ini juga dijadikan tempat perlindugan bagi pelarian semasa kurun ke-19. Kini, pemiliknya telah menjadikan rumah penginapan ini sebagai tempat kediaman untuk hantu.
5.Whitby Abbey
Ada sebuah biara yang terletak di Whitby, England yang dikenali sebagai Benedictine Monastery. Namun, ia terpaksa ditutup setelah perintah pembebasan biara telah dilaksanakan oleh Raja Henry VIII. Akhirnya, biara itu pun terbiar lalu menjadi tempat berhantu. Bram Stoker, seorang penulis novel telah mendapat banyak ilham dari tempat itu semasa menulis karyanya yang berjudul "Dracula". Selain itu, kelibat biarawati selalu muncul di tepi tingkap.
6.Pluckley Village
If you guys nak tahu further, boleh google je nama-nama tempat tersebut.Sekian, thank you!
No comments:
Post a Comment