Assalammualaikum guys!
Since ramai student dekat luar sana yang selalu and masih lagi keliru dalam membuat keputusan tentang kursus pengajian apa yang mereka hendak mohon, jadi saya disini nak kongsi beberapa tips untuk memlilih Kursus Pengajian anda!
Tips :
1) Mengenal Pasti Kebolehan Diri
First of all, sebelum anda memilih kursus di IPTA/IPTS/IPMa nanti, pastikan anda telah kaji terdahulu segala kebolehan yang anda milliki. Contohnya , jika anda berkebolehan dalam membaiki kenderaan, anda boleh memilih aliran TVET ( kemahiran). Jangan la pula, anda berkebolehan dalam memasak, tetapi ingin memilih kursus perubatan. Tapi sekiranya jika anda berkeyakinan tinggi untuk kursus lain selain daripada kebolehan anda, ia tidak menjadi masalah.
2) Aim Cita-Cita Anda

Jika anda telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang jurutera, anda boleh memilih kursus kejuruteraan. Ini membantu meningkatkan semangat anda untuk belajar seirin berdasarkan minat anda dengan cita–cita yang telah anda pasangkan.
3) Meminta Pendapat Orang Lain.
Bila dah buntu sangat, minta pendapat dan pandangan daripada seseorang yang lebih arif seperti kaunselor dan guru-guru dan juga keluarga anda. Teliti satu persatu pendapat dan pandangan mereka terhadap kursus-kursus yang telah menjadi senarai anda. Dengan ini, ia dapat mengurangkan bebanan anda untuk memilih dan membuat keputusan.
4) Senaraikan kelebihan dan kekurangan dalam setiap bidang
5) Melihat peluang pekerjaan
Pastikan anda melihat peluang pekerjaan di pasaran bagi kursus yang anda ingin ambil. Pastikan juga sama ada berapa ramai yang mengambil kursus tersebut. Ini amat penting untuk memastikan anda tidak
mengalami masalah pengangguran mahupun persaingan yang kuat selepas tamat pengajian.
I harap dengan perkongsian ini dapat membantu you guys!
No comments:
Post a Comment