Saturday, May 11, 2019

Kemurungan. Jangan tunggu hingga terlambat!

Hola guys! It's me,again.So, as you know my previous blog, i ada share sedikit tentang apa itu stress and how we can handle it.For this time pula, i nak share about kemurungan or depression pula.

For you information, stress and depression are two different things.Disebabkan my previous blog, i dah bincangkan about stress, i hope you guys boleh lah bezakan antara stress and depression ni.

What is depression ataupun kemurungan?
Image result for depression pic


Kemurungan adalah reaksi normal kepada tekanan atau bahaya, tetapi perasaan cemas dan kekhuatiran yang berturut-turut mungkin disebabkan disorder kebimbangan. Gangguan kerisauan boleh membuat hidup sengsara.

Kebanyakan kemurungan kebimbangan dapat dirawat dengan kejayaan, biasanya melalui bantuan campuran dari kaunseling dan ubat-ubatan.

Gangguan kemurungan sangat umum, dengan satu dalam 10 orang mengalami sakitan ini pada suatu masa dalam hidup mereka.And ada juga antara mereka yang menghadapi kemurungan ini sehingga mahu membunuh diri.Itu merupakan tahap yang paling bahaya dalam kesan kemurungan.


Tanda-tanda Penyakit Kemurungan (Cara untuk mengetahui adakah kita salah satu antara mereka):

Image result for symptoms of depression pic
1. Perasaan murung atau sering marah-marah hampir sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu. Perasaan ini dilaporkan oleh pesakit secara subjektif seperti perasaan rendah diri ataupun daripada pengamatan orang luar contohnya selalu menangis.

2. Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan hampir setiap hari. Contohnya tidak berminat untuk bersukan lagi atau berjumpa dengan sanak-saudara.

3. Berat badan merosot (~5%) daripada asal dalam waktu yang singkat atau kurang selera makan.

4. Corak tidur berubah, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia).

5. Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, sama ada terlebih aktif atau kurang aktif.

6. Selalu letih dan kurang tenaga dalam melakukan aktiviti harian.

7. Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan  sesuatu kesalahan perbuatan  atau merasakan diri tidak berguna

8. Tidak mampu memberikan konsentrasi atau  berfikir secara rasional. Pesakit juga merasakan susah untuk membuat keputusan dalam kehidupan hariannya.

9. Berfikir tentang  keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai pelan masa hadapan untuk membunuh diri.

How to handle it?

 

Image result for say no to depression pic 


1. Amalkan perhubungan yang sihat. Luangkan masa dengan orang tercinta seperti isteri, anak-anak, rakan sekerja dan kawan-kawan rapat. Sentiasalah bercerita mengenai perkara yang positif bersama mereka.Bekomunikasi dengan orang lain.

2. Bersenam. Melakukan senaman selama 30 minit setiap hari akan mempunyai impak yang sangat bagus buat fizikal dan mental anda. Dengan bersenam, anda akan terasa bermotivasi dan mempunyai lebih banyak tenaga untuk mengharungi hari-hari anda. Jangan lupa untuk merancang senaman dan tidak melakukannya secara membabi buta.


Related image

 
3. Berfikir secara positif. Menjadi seorang positive thinker adalah salah satu cara yang sangat berkesan untuk mengatasi kemurungan. Buangkan rasa negatif, tiada harapan dan kebosanan dalam hidup anda. Cari sekurang-kurangnya 5 perkara yang membuatkan anda rasa gembira untuk hidup hari ini.

4. Amalkan diet yang seimbang. Kalau terlebih makan atau terkurang makan, ia pasti memberikan impak yang negative kepada badan dan cara pemikiran kita. Apa kata cuba cari makanan yang seimbang buat anda. Jangan terlalu gilakan badan yang kurus melengkung seperti model kerana ia akan membuatkan anda stress dan tidak bertenaga.

5. Tingkatkan penampilan anda. Sekiranya anda mengambil berat mengenai cara pemakaian dan penampilan anda setiap hari, pasti anda akan merasa lebih gembira dengan diri sendiri. Sekali sekala apa salahnya berbelanja untuk kelihatan lebih tampan dan cantik. Ia pasti akan membuatkan anda lebih yakin untuk tampil di khalayak ramai.

So guys, depression adalah satu perkara serius yang perlu diambil berat oleh semua pihak.If you guys mengalami depression, jangan takut atau segan untuk mendapatkan bantuan daripada pakar. For student, banyak sangat event also specialist in mental health yang dapat membantu dan memberikan further exposition about depression.Jangan tunggu hingga terlambat! 💛💜💚💙

That's all.Thank you.

No comments:

Post a Comment

MONALISA

Hello guys! For this time, i would like to share about sedikit sejarah lukisan Monalisa. Memang tidak dinafikan gambar lukisannya merat...