Saturday, May 11, 2019

Stress@Tekanan.How you handle it?

Hai and hello again guys!


Untuk kali ini topik yang i nak share dengan you guys about stress or tekanan.Since i still study and as a student, kita semua mesti tak lari daripada stress ni. So, how kita nak handle stress ni supaya ia dapat memberikan positive vibes kepada kita?

First of all,

Stress atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi.Stress boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat.

Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stress.
Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi.Like us as a student,kita mesti berhadapan banyak kerja ,assingment yang nak kena hantar sebelum dateline dengan nak study lagi.So, itu terkadang juga dianggap beban yang dapat menimbulkan tekanan seseorang pelajar itu.

Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti.

And actually stress yang berlebihan untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit.

Sebenarnya ada berbagai cara yang boleh kita lakukan dalam mengawal stress. Stress boleh dikawal secara sendiri atau pun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan.


Bagi you guys yang selalu stress tu, boleh lah amalkan Kaedah 10B. Kaedah ini dapat membantu mengurangkan stress. Antara kaedah 10B adalah:

    Image result for stress pic
  1. Bertenang
  2. Bernafas dengan dalam
  3. Berkata `relakslah’/ tak mengapa / tenang / 'saya boleh menghadapinya'
  4. Beribadat
  5. Bercakap dengan seseorang
  6. Berurut
  7. Berehat dan mendengar muzik
  8. Beriadah
  9. Bersenam
  10. Berfikiran positif
But, kaedah 10B ini hanya berkesan dalam menangani stress jangka pendek sahaja.Jika cara ini tidak berkesan untuk anda juga, temuilah pakar motivasi yang dapat membantu anda dalam menghadapi stress anda.


Note: Kesihatan minda juga perlu dijaga guys!

That's all.Thank you 💖

No comments:

Post a Comment

MONALISA

Hello guys! For this time, i would like to share about sedikit sejarah lukisan Monalisa. Memang tidak dinafikan gambar lukisannya merat...