Saturday, May 18, 2019

Penyakit kulit

Hello and Assalammulaikum guys! 

So today i would like to share dengan you guys about penyakit-penyakit kulit yang secara lumrahnya selalu menyerang rakyat di Malaysia.
 
Terdapat pelbagai jenis penyakit kulit yang boleh menjangkiti anda.Maybe anda juga sudah berpengalaman dengan penyakit ini.There are several jenis penyakit kulit that i wanna to share yang biasa menyerang orang dewasa, kanak-kanak, dan orang tua.

Antaranya ialah:
 

Image result for penyakit kayap 

 1. Penyakit Kayap 

Penyakit kayap atau Herpes adalah penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan virus dan bakteria. Terdapat beberapa jenis virus dan bakteria penyebab herpes dan ini akan menentukan jenis penyakit herpes yang dihidapi. Antaranya adalah virus Varicella Zoster dan virus herpes simpleks (“HSV”).





2. Penyakit Kurap
 
Image result for kurap 
Kurap terjadi akibat jangkitan kulat/fungus. Antara gejala kurap adalah kulit menjadi tebal dan pada kulit timbul lingkaran yang semakin jelas, bersisik, lembab, berair dan terasa gatal. Kemudian akan timbul tompokan-tompokan putih pada lingkaran. Kurap timbul kerana kurangnya penjagaan kebersihan kulit. Bahagian tubuh yang biasanya di serang kurap ialah kaki, tangan, leher dan kulit kepala. 




3. Penyakit Kudis 


Related image
Kudis adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit tungau yang gatal iaitu Sarcoptes Scabiei Var Hominis.

Jangkitan kudis lebih banyak terjadi pada mereka yg kurang menjaga kebersihan dan mereka yang tinggal di kawasan setinggan. 

Antara gejala kudis adalah rasa gatal yang melampau di malam hari terutama di celah-celah jari kaki dan tangan, di bawah ketiak, alat kelamin, pinggang dan lain-lain.




Kudis sangat mudah menjangkiti individu lain, sama ada secara langsung (melalui sentuhan kulit pada bahagian yang dijangkiti kudis) mahupun tidak langsung (melalui perkongsian tuala/pakaian penghidap kudis). Tahap kebersihan harus di jaga bagi menghindari kudis.




Related image4. Bisul

Bisul merupakan jangkitan kulit seperti benjolan merah yang akan membesar. Benjolan ini berisi nanah dan terasa panas dan berdenyut. Bisul boleh tumbuh di semua bahagian tubuh. Namun, bisul lebih banyak tumbuh pada bahagian tubuh yang lembap seperti lipatan paha, leher, ketiak dan kepala.
 
Bisul disebabkan oleh jangkitan bakteria Stafilokokus Aureus pada kulit melalui folikel rambut, kelenjar minyak dan kelenjar peluh. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko terkena bisul adalah kekurangan tahap kebersihan, luka yang dijangkiti, penghidap diabetes, kosmetik yang menyumbat pori dan pemakaian bahan kimia.

Untuk menghindari bisul, tahap kebersihan diri harus di jaga dan pengambilan nutrisi/diet seimbang harus di titik beratkan. Diet yang seimbang akan memperkuatkan daya tahan tubuh.



5. Demam Campak

 
Related image
Demam campak merupakan penyakit mudah berjangkit yang disebabkan oleh virus dan biasanya menyerang kanak-kanak. Antara gejala awal campak adalah demam, bersin, badan terasa lesu, sakit kepala, nafsu makan menurun dan radang mata.
Setelah beberapa hari dari gejala tersebut, ruam merah yang gatal akan timbul dan bertambah besar. Seterusnya akan tersebar ke beberapa bahagian tubuh.
Ia akan meninggalkan kesan apabila gejala ini mula sembuh.




6. Penyakit Eczema

 
Types Of Eczema

Gejala utama yang dirasakan penghidap eczema adalah rasa gatal yang melampau pada kulit. Bahagian kulit yang gatal akan memerah, bersisik, pecah-pecah dan timbul gelembung gelembung kecil mengandung air atau nanah. Tangan, kaki, lipatan paha dan telinga adalah bagian tubuh yang paling kerap terkena eczema. Eczema terbagi kepada dua, iaitu eczema kering dan basah. Penghidap eczema basah juga akan terasa panas dan dingin yang berlebihan pada kulit.

Eczema disebabkan alahan/alergi pada rangsangan zat kimia tertentu seperti yang terdapat dalam detergen, sabun, ubat-ubatan, minyak wangi, kosmetik dan bahan makanan tertentu seperti udang, ikan laut, telur, daging ayam, alkohol, MSG dan lain-lain. Eczema juga disebabkan oleh alahan/alergi pada debunga tanaman, debu, perubahan cuaca dan gangguan emosi.

Eczema kebiasaannya menyerang mereka yg mewarisi masalah genetik dari ibu/bapa. Eczema akan menyerang penghidapnya berulang kali. Oleh itu, penghidap Eczema harus lebih berhati-hati dan menghindari bahan-bahan/perkara-perkara yang boleh menimbulkan alahan/alergi. Setiap satu dari lima orang menghidap Eczema di dunia ini.

Dengan rawatan yang tepat, penyakit ini dapat dikendalikan dengan lebih baik sehingga mengurangkan bilangan serangan. Pada sesetengah penghidap, Eczema akan menghilang seiring dengan pertambahan usia penghidap.

 -So,yang paling simple and penting untuk mengelakkan penyakit seperti ini berlaku, jaga kebersihan diri terlebih dahulu ya."Mencegah lebih baik daripada mengubati". Kalau ada simptom-simptom yang berlaku segeralah berjumpa doktor.

That's all. Thank you.


No comments:

Post a Comment

MONALISA

Hello guys! For this time, i would like to share about sedikit sejarah lukisan Monalisa. Memang tidak dinafikan gambar lukisannya merat...