Wednesday, May 15, 2019

Masjid Putra

 Image result for masjid putra




Hai and Assalammulaikum again guys!

Previous blog i ada cerita about Masjid al-Umm, so for this time i nak share sikit about Masjid Putra pula.Sincerely, Masjid Putra adalah masjid pertama yang paling cantik and paling besar so far yang i pernah pergi selama 19 years ni. Memang lawa gilaaa, especially lagi waktu malam memang nampak authentic gila guys.Korang suppose pergi and tengok sendiri Masjid Putra ni.And also ramai juga foreigner yang berkunjung di masjid ini.




 




Here a little sharing about Masjid Putra.💫





Masjid Putra dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya.

Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999 iaitu selama 2 tahun.

Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Kawasan masjid bermula masuknya di Pintu Utama sehinggalah ke dalam kawasan masjid. Manakala Dataran Putra dan Souq tidak berada dalam lingkungan kawasan masjid.







Arkitek yang membina masjid ini iaitu Y. Bhg. Dato’ Dr. Nik Mohamad Bin Mahmood dari Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu.So, no wonder Masjid Putra ni cantikkk sangat dengan senibina yang kreatif.





Oh yaa,btw sis datang ke sini pun untuk berbuka puasa bersama akak-akak senior pada 13 Mei yang lepas. For your information, pemandangan malam di Masjid Putra ni memang cantik 😍. Plus dengan view jambatan Putrajaya memang nice 👍











Kalau you guys suka night view macam ni boleh lah datang sambil beribadah!😁


Here the address:
Masjid Putra
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.



No comments:

Post a Comment

MONALISA

Hello guys! For this time, i would like to share about sedikit sejarah lukisan Monalisa. Memang tidak dinafikan gambar lukisannya merat...