Sis nak share sikit about masjid-masjid yang cantik dekat area Bangi ni. So,last week, sis pergi berbuka dengan rakan also dengan several akak senior dekat Masjid al-Umm pada 9 Mei (2019).Sejak dalam university life ni lah baru sis dapat explore sikit tempat-tempat baru ni, since that was my first time experience puasa time degree life ni.Alhamdulillah, sis diberi kesempatan bersama-sama rakan untuk join akak senior berbuka di masjid.
Masjid al-Umm terletak di Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor. So, sesiapa yang area Bangi why not datang and berbuka di sana. Masjidnya memang lawa gila, kemas and perfect. Since masjid ni baru sahaja dibina dan siap sepenuhnya pada 1 Januari 2014.Subhanallah 😍
Masjid al-Umm ini menyediakan ruang yang cukup bagi jamaah dan bagi mereka yang mendalami ilmu-ilmu keislaman. Masjid al-Umm menyediakan ruang fizikal yang boleh memuat secara serentak seramai 3.000 jamah, di samping menyediakan ruangan solat bagi muslimat pada bahagian atas. Manakala di level bawah ruang multi-purpose seperti tempat ceramah, forum, tahfiz, sambutan, acara aqad nikah dan jamuan perkahwinan. Masjid Al-Umm menyediakan ruang fizikal bagi memudahkan semua orang menunaikan ibadat dan mendalami ilmu pengetahuan.
Ini gambar luar Masjid al-Umm |
(Inilah akak-akak senior yang rajin mengajak kami berbuka di masjid 💖) |
No comments:
Post a Comment