Today i nak share pula about tips ataupun teknik belajar yang berkesan. Maybe ada student yang selama ni susah nak score or rasa cara pembelajaran anda tak betul?Boleh lah gunakan tips ini.
So, antara tips belajar yang berkesan adalah:
1. Baca ketika anda rasa mengantuk
Bagi yang baru dengar tips ini mungkin akan rasa agak pelik sedikit. Cuba baca buku beberapa minit sebelum anda tidur. Ini kerana semasa tidur, otak kita akan memperkukuhkan ingatan baru. Jadi anda mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mengingati apa yang anda baca sebelum anda tidur tadi. (Sebagai peringatan, jangan membuat kerja-kerja yang berat semasa hendak tidur, kerana ini boleh menyebabkan anda sukar untuk tidur).
Belajar selepas anda bangun tidur di waktu pagi juga membantu ingatan anda kerana masih banyak lagi ruang di dalam otak kita untuk diisi dengan maklumat baru.
2. Jarakkan masa belajar
Terdapat satu teknik belajar dipanggil 'spaced repetition'. Dalam teknik ini, anda perlu memecahkan maklumat kepada beberapa kelompok kecil dan membuat ulangkaji dengan kerap terhadap kelompok kecil ini.
Sebagai contoh,
jangan menghafal keseluruhan jadual berkala dalam satu hari. Sebaliknya,
cuba hafal satu baris setiap hari dan lakukan ulangkaji baris tersebut
sebelum menghafal baris yang baru.(sesuai untuk menghafal sesuatu fakta atau teori)
3. Bercerita
Tukarkan maklumat yang perlu diingat kepada satu cerita yang luar biasa kerana cerita lebih mudah untuk diingati berbanding maklumat yang tidak mempunyai makna. Sebagai contoh buat satu cerita untuk anda menghafal formula di dalam matematik.
4. Belajar di tempat yang berlainan.
Ada kajian menunjukkan anda akan kurang cenderung untuk lupa jika belajar perkara yang sama di tempat yang berbeza-beza. Ini kerana, setiap kali anda bergerak (dari kelas ke perpustakaan, atau dari bilik tidur ke taman permainan), kita akan memaksa otak kita untuk membentuk kaitan yang baru dengan material yang sama. Ini akan menguatkan lagi memori tersebut.So, jangan terperap sahaja dalam bilik untuk belajar cuba bergerak ke tempat yang lebih menarik dan sesuai untuk mengulangkaji seperti di perpustakaan.
5. Buat kuiz
Latihlah diri anda dengan membuat soalan-soalan ramalan ataupun percubaan. Ini dapat melatih diri untuk menjawab soalan seperti di dalam peperiksaan sebenar. Lagi susah soalan yang anda buat, lagi mudah untuk anda mengingatinya di masa akan datang.
6. Tulis atas kertas
Kajian menunjukkan kita semua akan menyimpan maklumat dengan lebih lama jika kita menulisnya berbanding dengan jika kita menaip atau sekadar membaca sahaja. Jadi, amalkan untuk membuat nota berkaitan pelajaran yang anda pelajari di sekolah atau di kuliah.Jika terlupa, kita boleh melihat dan membaca semula nota tersebut.
7. Baca dengan kuat.
Membaca sesuatu dengan kuat bermakna anda akan mengingat dengan dua cara: melihat dan mendengar. Jika anda sentiasa lupa selepas membaca, cuba kali ini anda membaca sehingga anda boleh dengar apa yang dibaca.
8. 'Study group'
Tidak semua orang sesuai dengan belajar berkumpulan. Tetapi jika anda dapat faedah daripada bekerja bersama-sama, belajar berkumpulan adalah cara yang terbaik. Pilih beberapa orang kawan yang rajin untuk berkumpul bersama-sama dan mengulang kaji pelajaran. Lantik seorang ketua untuk membahagikan tugas dalam kumpulan dan memastikan setiap ahli kumpulan mencapai matlamat.
9. 'Self reward'
Sentiasa memberi ganjaran kepada diri sendiri jika anda berjaya mencapai sesuatu matlamat. Teknik ini dapat membantu untuk memberi fokus ke atas tugas yang perlu diselesaikan.Contohnya, selepas mengulangkaji pelajaran atau menyiapkan tugasan pergilah keluar berhibur bersama rakan-rakan.
10. Bersenam.
Jika anda bersenam, anda dapat merperkuatkan badan serta minda dengan serentak. Kajian mendapati, anda boleh mempertingkatkan kelajuan memproses otak dan pelbagai kebolehan kognitif lain dengan hanya setengah jam senaman aerobik.
11. Rehat yang mencukupi
Mengambil rehat yang mencukupi dapat meningkatkan produktiviti dan fokus ke atas tugas yang dilakukan. Berhenti sebentar jika anda kerap melihat skrin komputer. Ini dapat membantu merehatkan otak kita yang digunakan seharian.
Ramai yang mengambil langkah untuk berjaga malam jika terdapat terlalu banyak subjek dan tajuk yang perlu di baca dan di ulangkaji. Tetapi, anda tidak semestinya akan dapat A jika anda tidak tidur. Malah ada kaitan rapat antara kekurangan dalam kemahiran berfikir dan sensitif terhadap stress dengan tidur yang tidak mencukupi.
Cuba dapatkan masa tidur antara 7 hingga 9 jam pada hari-hari sebelum peperiksaan besar supaya usaha anda selama ini tidak menjadi sia-sia.
Hope you guys dapat benefits from tips yang saya share ni.Good luck!😄
No comments:
Post a Comment