Hello and Assalammulaikum guys!
Sejak kebelakangan ini sibuk dengan kempen 'No Straw' untuk menimbulkan awareness tentang kematian spesies yang semakin pupus akibat bahan plastik yang digunakan oleh masyarakat. So, i nak sentuh lah sikit about spesies yang semakin pupus ataupun terancam ni. Spesies-spesies ini mati juga disebabkan sikap masyarakat yang kurang kesedaran ataupun pengetahuan tentang alam dan haiwan ini.
Spesies terancam ialah organisma yang menghadapi risiko kepupusan, sama ada kerana bilangannya kecil mahupun kerana diancam oleh parameter-parameter persekitaran yang berubah atau pemangsaan.
Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) telah mengira peratusan spesies terancam sebagai 40% daripada
semua organisma, berdasarkan sampel spesies yang dinilai pada sepanjang 2006. Banyak negara mempunyai undang-undang yang melindungi spesies bersandar pemuliharaan, misalnya mengharamkan pemburuan, mengehadkan pembangunan tanah atau mengasaskan kawasan simpanan haiwan.
Walau bagaimanapun, hanya sebilangan spesies yang menghadapi risiko
kepupusan telah disenaraikan dan memperoleh perlindungan undang-undang.
Banyak spesies lagi akan menjadi pupus, atau berpotensi menjadi pupus,
tanpa mendapat sebarang perhatian awam.
Terdapat beberapa jenis spesies ataupun haiwan yang semakin pupus di Malaysia.Antaranya ialah:
1. Harimau Malaya
Panthera tigris malayensis/ Panthera tigris jacksoni nama saintifik bagi Harimau Malaya atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesis harimau yang hanya wujud di Semenanjung Malaysia. Kawasan yang paling utama ialah Taman Negara Endau-Rompin dan Taman Negara Belum Temenggor. Kebanyakan ia diburu adalah untuk mendapatkan kulitnya.
Pada tahun 2015, haiwan ini telah disenaraikan antara haiwan yang terancam. Dengan jumlah, sebanyak 3000 pada tahun 1950, kini Harimau Belang ini hanya tinggal 300 ekor sahaja.
2.Tenuk Malaysia
Tapirus indicus, Tenuk Malaysia adalah tenuk terbesar di dunia dan hanya spesis tenuk inilah yang satu-satunya berasal dari Asia. Ia menetap di Asia Tenggara khususnya Malaysia, selatan dan bahagian tengah Sumatera (Indonesia), Myanmar dan Thailand (sepanjang sempadan barat hinggalah ke selatan sempadan Thailand-Malaysia).
Selain itu, tenuk turut kelihatan di kawasan selatan Kemboja dan Vietnam, namun masih lagi tak dapat disahkan.Tenuk Malaysia hanya tinggal di kawasan pergunungan terpencil dan habitat asalnya sudah pupus akibat aktiviti pemburuan dan pembangunan oleh manusia. Hanya tinggal kira-kira 350 ekor tapir sahaja yang masih hidup.
3.Orang Utan
Orang Utan ialah dua spesis Hominidae yang tinggal di Asia Tenggara terutamanya di Pulau Sumatera dan Borneo.Orang utan adalah antara haiwan yang paling bijak di dunia, mereka dapat menggunakan pelbagai alat yang kompleks dan membina sarang dengan menggunakan kayu dan daun. Mereka dapat memahami bahasa-bahasa manusia dan juga dapat menggunakan bahasa isyarat walaupun mereka tidak boleh bercakap.Spesis ini dikatakan "terancam" oleh IUCN oleh kerana kemusnahan habitat. Terdapat beberapa organisasi yang ingin menyelamatkan haiwan seperti ini contohnya Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok.
4. Gajah Borneo
Gajah Kerdil Borneo atau nama saintifiknya Elephas maximus borneensis atau juga dikenali sebagai Gajah Kalimantan di Indonesia, merupakan satu sub-spesis Gajah Asia yang tinggal di Pulau Borneo.Gajah ini adalah antara spesis yang kurang agresif berbanding yang lain. Di Sabah, gajah ini kerap dijumpai di sekitar Sungai Kinabatangan. Sehingga kini, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab ingin mengambil gading mereka dan permintaan yang tinggi terhadap minyak sawit menyebabkan habitat mereka terancam.
5. Badak Sumbu Sumatera
Badak Sumbu Sumatera adalah spesis badak yang terkecil saiznya di dunia serta merupakan salah satu haiwan yang terlindung. Ia terdapat dari kaki gunung Himalaya sehingga ke Myanmar, Thailand, Indonesia dan Malaysia.Nama saintifik bagi badak ini adalah Dicerorhinus sumatrenesis. Pada Disember 2017, badak sumbu betina yang terakhir dilaporkan sakit dan beberapa pihak sedang bertungkus-lumus menjaganya.
6.Kera bekantan
Bekantan, monyet belanda atau bayau (Nasalis larvatus) merupakan sejenis monyet yang mendiami pokok dan endemik di Pulau Borneo. Oleh kerana bilangannya turun sebanyak 80% dalam tiga dekad yang lalu dan sekarang dianggarkan sebanyak 7000 ekor. Ia telah disenaraikan sebagai haiwan terancam sejak tahun 2000.
7. Tenggiling
Malayan Pangolin atau Tenggiling ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama saintifiknya ialah Manis javanica. Ia merupakan haiwan yang paling dilindungi di dunia kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab ingin mengambil mereka untuk sisik, daging dan kulitnya, yang dipercayai mempunyai manfaat perubatan.
Jadi, kita sebagai masyarakat dan manusia yang bertanggungjawab perlu lah ada rasa simpati dan kesedaran betapa pentingnya haiwan-haiwan ini kepada kita. Jangan biarkan mereka terus terancam dan bersama-sama lah kita memelihara habitat mereka sebaik-baiknya.Cintailah flora fauna kita.
That's all. Thank you guys!
No comments:
Post a Comment